MESIR (26 JANUARI): Generasi muda harus tidak mengesia-siakan kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan dalam pembangunan pendidikan.
Pembantu Menteri II kepada Ketua Menteri. Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata kemudahan dan bantuan itu membuktikan kerajaan amat mengutamakan pembangunan pendidikan.
“Ketua Menteri pernah berkata bahawa kerajaan berusaha sebaik mungkin agar rakyat dapat menikmati pendidikan terbaik,” katanya di sini.
Isnin ditemui selepas majlis bersama pelajar Sabah di Mesir. Pertemuan itu turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman dan Toh Puan Faridah Tusin.
Isnin berkata, kemudahan dan bantuan yang disediakan tidak hanya dalam negara tetapi juga di luar negara.
Katanya, keupayaan kerajaan menyediakan kemudahan dan bantuan itu turut membuktikan kejayaan kerajaan dalam meningkat ekonomi negeri.
Beliau berkata, kemudahan dan bantuan itu tidak mungkin dapat diadakan jika ekonomi negeri gagal ditingkatkan.
Pada majlis itu, Isnin turut berpeluang bertemu dengan pelajar daripada Beaufort.
Beliau berharap agar pelajar tersebut akan memfokuskan pelajaran masing-masing dan bersungguh untuk mencapai pendidikan terbaik.
“Kejayaan mereka (pelajar) melanjutkan pelajaran di Mesir amat membanggakan dan saya berharap mereka akan berusaha mencapai pendidikan terbaik,” katanya lagi.
TAMAT
