KOTA KINABALU, 20 Januari 2026 – Kerajaan Negeri Sabah hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah dan Angkat Sumpah Pelantikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di bawah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini.
Majlis yang berlangsung pada pagi itu melibatkan pelantikan UPPM bagi kawasan Parlimen P.188 Lahad Datu merangkumi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagi DUN N.60 Tungku, pelantikan disandang oleh Mohd Sayid bin Gulam manakala DUN N.61 Segama oleh Yusleena binti Mohd Yusof.
Sementara itu Datuk Mizma binti Appehdullah pula dilantik bagi DUN N.62 Silam dan DUN N.63 Kunak diwakili oleh Sharif Azlan bin Abdul Rahman.
Pelantikan UPPM ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuhkan jentera pentadbiran di peringkat akar umbi sekali gus memastikan pelaksanaan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat dapat disampaikan dengan lebih cekap, tersusun dan berkesan di setiap kawasan DUN.
TAMAT
