sh@ Syarmillah Salleh
LAHAD DATU: 5 OGOS 2025 (Selasa)-Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah merogol anak kandung sendiri.
Hakim Suhailla Selag membuat keputusan itu ke atas tertuduh berusia 36 itu,selepas gagal menimbulkan keraguan munasabah.
“Tertuduh sebagai ketua keluarga sepatutnya melindungi mangsa, hukuman ini dijatuhkan sebagai pengajaran kepada masyarakat,” kata Suhaila.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol mangsa pada 16 Oktober tahun lalu ketika berusia 13 tahun 7 bulan.
Tertuduh telah merogol mangsa dalam bilik mandi di rumah mereka di salah sebuah kampung di sini.
Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Mahkamah memutuskan hukuman penjara bermula dari tarikh hukuman.
TAMAT
