Warga Emas Maut Tercampak Keluar 4WD Terbabas di Putatan

sabahheadlines
1 Min Read

PENAMPANG, 15 Januari 2026 – Seorang warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Papar lama berhampiran kem Lok Kawi, Putatan petang semalam.

Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun tercampak keluar daripada selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) terbabas.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang apabila kenderaan dipandu seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun bersama tiga penumpang lelaki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan, menyebabkan penumpang hadapan berusia 69 tahun tercampak keluar dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu serta dua penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

TAMAT

Share This Article