LAHAD DATU JADI PINTU DUNIA MARITIM

sabahheadlines
2 Min Read

LAHAD DATU: 18 Ogos – Kehadiran pelayar antarabangsa Sail Malaysia Passage to The East 2025 ke Lahad Datu disifatkan sebagai simbol persahabatan menerusi ekspedisi maritim, kata Pengerusi Persatuan Pelancongan Lahad Datu( PPLD),Joe Wong

Katanya, sebagai menghargai kehadiran mereka ke Lahad Datu, PPLD menganjurkan Cultural Festival ( LDCF) 2025 di W Bay Payang,Pantai payang di sini pada ahad.

“Festival kebudayaan yang dianjurkan bukan sekadar majlis biasa tetapi untuk meraihkan kehadiran para peserta Sail Malaysia Passage to the East 2025 dan ianya simbol persahabatan serta semangat maritim kalangan pelayar dengan komuniti tempatan”katanya di majlis Lahad Datu Cultural Festival (LDCF) 2025.

Kata Joe, mereka bukan sekadar tetamu tetapi membawa kisah pengembaraan yang menghubungkan dunia luar .

Lahad Datu katanya berbangga menyambut mereka dengan laut yang indah,kaya dengan budaya dan keramahan komuniti tempatan disini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Seri Panglima Yong Teck-Lee, Presiden SAPP merangkap Pengerusi POIC Lahad Datu.

Sementara itu, Yong Teck Lee dalam ucapannya memuji usaha Joe Wong sebagai contoh anak tempatan yang berani membangunkan pelancongan Lahad Datu.

Beliau turut mengumumkan perkembangan besar termasuk kelulusan Zon Perdagangan Bebas bernilai RM30 juta, projek tenaga solar 100 gigawatt serta projek Pan Borneo yang bakal melonjakkan Lahad Datu ke tahap antarabangsa.

Acara turut dimeriahkan dengan gimik Bonfire, makan malam serta persembahan kebudayaan suku kaum tempatan.

Sail Malaysia PTE 2025 kali ini melibatkan 23 kapal layar dengan 57 peserta dari negara seperti United Kingdom, Jerman, Australia, Switzerland, Singapura, New Zealand, Perancis, Amerika Syarikat, Filipina, Kuwait dan Thailand.

Selepas singgah di Lahad Datu, para pelayar dijadualkan bergerak ke Kunak pada 19 Ogos dengan kawalan keselamatan oleh ESSCOM, APMM dan PGM.

Sepanjang pelayaran peserta melalui beberapa destinasi menarik di Pantai Timur Sabah termasuk Kudat ke Karakit, Jambongan, Silingan Sandakan,Kinabatangan ( Sukau),Tambisan dan ke Lahad Datu.

TAMAT

Share This Article