KOTA KINABALU – Pelaksanaan projek pembinaan bangunan baharu Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) perlu selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata ia bagi memastikan kualiti, keselamatan dan ketetapan tempoh siap projek.
“Keutamaan kita adalah memastikan projek ini menyediakan kemudahan yang kondusif dan selamat demi menyokong kecemerlangan pelajar serta memperkukuh ekosistem pendidikan di Sabah,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikiab selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke sekolah itu bagi meninjau status semasa pembinaan projek bangunan baharu sekolah berkenaan.
Menurutnya, lawatan tersebut bertujuan untuk meneliti perkembangan projek secara terperinci selain mendapatkan maklum balas terus daripada pihak-pihak terlibat di tapak pembinaan.
TAMAT
