KOTA KINABALU (13 JANUARI): Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) diminta dedahkan kejayaan kerajaan.
Ketua MenteribDatuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, tugas dan peranan PPM bukan sekadar membantu wakil rakyat tetapi juga harus membantu kerajaan.
“Dalam tempoh pemerintahan lima tahun Kerajaan GRS, kita telah melakukan pelbagai usaha dan telah mencapai kejayaan.
“Tetapi kejayaan itu tidak diwar-warkan kepada rakyat,” katanya pada majlis penyampaian watikah perlantikkan PPM di sini hari ini.
Seramai 40 orang menerima watikah perlantikkan itu dan selebihnya akan menerima pada tempoh yang terdekat.
“Di media sosial seperti tik tok tidak ada yang mendedahkan kejayaan itu dan ia sepatutnya diwar-warkan kepada rakyat,” katanya.
Menurutnya, dalam tempoh lima tahun kerajaan berjaya meningkatkan ekonomi dan hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat
Oleh itu, Hajiji berharap PPM yang dilantik akan melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
“Laksanakan tugas sebagai PPM dengan amanah dan bertanggungjawab dan seperti yang diharapkan kerajaan,” katanua.
Bagaimanapun Hajiji memberi amaran keras kepada PPM yang memesongkan tugas yang dipertanggungjawabkan.
“Saya tidak kisah anda PPM kepada menteri …jika abda nelaksanakan tugas yang bertentangan, saya tidak akan teragak-agak menamatkan perkhidmatan anda ….saya tidak mahu lagi ada yang macam dahulu,” katanya lagi.
TAMAT
