Hazem Mubarak Dilantik Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU – 6Januari 2026,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musa diberi amanah menerajui dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah apabila dilantik sebagai Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera.

Pelantikan tersebut disifatkan sebagai satu kepercayaan besar daripada kepimpinan negeri dalam usaha memperkukuh tadbir urus korporat serta memacu pertumbuhan mampan dalam sektor strategik negeri.

Hazem menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Beliau menegaskan bahawa amanah dan tanggungjawab tersebut akan digalas dengan penuh komitmen berteraskan semangat kerja berpasukan serta integriti sebagai keutamaan.

Menurutnya, kerjasama semua warga kerja serta sokongan padu daripada pelbagai pihak diyakini mampu memacu Sawit Kinabalu ke arah pengurusan yang lebih mampan, berdaya saing dan memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan ekonomi negeri Sabah.

“Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin dalam melaksanakan amanah ini demi memastikan hala tuju syarikat terus kukuh dan berintegriti,” katanya.

Pelantikan Hazem diharap dapat memperkukuh prestasi kedua-dua GLC berkenaan sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri dalam memperkasa pengurusan korporat dan pembangunan ekonomi Sabah.

TAMAT

Share This Article