James Ratib Santuni Warga Kerja KPSTI di Wisma Bandaraya

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 20 Disember 2025 – Datuk James Ratib hari ini mengadakan lawatan kerja dan sesi ramah mesra bersama warga kerja Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) di Wisma Bandaraya, di sini.

Lawatan tersebut merangkumi beberapa bahagian utama termasuk Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran; Inovasi, Teknologi dan Digital; Perancangan dan Pembudayaan Sains; Pembangunan dan Penyelidikan; serta Pengurusan dan Kewangan.

Menurut Datuk James, lawatan itu bertujuan mengukuhkan hubungan kerja, menyantuni kakitangan kementerian serta merakamkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi berterusan dalam menjayakan agenda pendidikan, sains, teknologi dan inovasi negeri Sabah.

Hadir sama Setiausaha Tetap KPSTI, Tuan Hassan Mahali, serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri.

Beliau berharap semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga kementerian terus diperkukuh bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.

TAMAT

Share This Article