MINGGU SAINS NEGARA 2025 ZON SABAH SEMARAKKAN STI MERENTAS GENERASI

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU : 10 Julai -Sabah terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) apabila menjadi tuan rumah Minggu Sains Negara (MSN) 2025 Zon Sabah, yang berlangsung dengan meriah di sini.

Program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu disokong oleh pelbagai agensi termasuk Pusat Sains Negara (PSN), Planetarium Negara, Akademi Sains Malaysia, Petrosains Discovery Center Sdn. Bhd. dan penaja utama, Yayasan MR.DIY.

Menariknya, penganjuran MSN tahun ini diperkasa melalui inisiatif Kembara Sains Borneo yang menampilkan bas pameran bergerak PSN Trooperz On The Move lengkap dengan 14 bahan pameran interaktif. Inisiatif ini khusus untuk mendekatkan sains kepada pelajar dan masyarakat luar bandar.

Menurut Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Mohammad Yusof Apdal, pendekatan turun padang seperti ini membuktikan keberkesanannya sejak mula diperkenalkan pada 2023.

“Kembara Sains Borneo 2025 telah menjelajah ke 30 buah sekolah bermula di Kota Samarahan, Sarawak pada 6 Mei lalu dan berakhir di Lahad Datu pada 1 Julai. Sepanjang tempoh itu, lebih 20,000 pelajar dan penduduk setempat telah menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan,” katanya ketika merasmikan MSN 2025 Zon Sabah.

Tambah beliau, sambutan masyarakat amat menggalakkan, dengan pelbagai pihak menyatakan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluas pada masa hadapan.

Tamat

Share This Article