Beberapa Jalan di Pusat Bandar Sandakan Ditutup Sementara Sempena Program The Culture 2025

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 20 Dis – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan melaksanakan penutupan sementara beberapa jalan raya serta tempat letak kereta di pusat bandar Sandakan bagi memberi laluan kepada penganjuran Program The Culture 2025.

MPS dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu akan bermula pada 19 Disember 2025 (Jumaat) jam 2.00 petang sehingga 21 Disember 2025 (Ahad) jam 12.00 tengah malam, melibatkan laluan sama seperti penutupan sempena Pasar Minggu.

Penutupan berkenaan membabitkan jalan raya dan kawasan tempat letak kereta di sekitar Lebuh Dua hingga kawasan Pusat Bandar Sandakan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Lebuh Tiga, Jalan Pelabuhan Lama dan Jalan Pryer sepanjang tempoh penutupan dilaksanakan.

MPS turut menyeru semua pengguna jalan raya agar mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pihak.

Dalam pada itu, MPS merakamkan penghargaan atas kerjasama dan kefahaman orang ramai dalam menjayakan penganjuran Program The Culture 2025.

TAMAT

Share This Article