catatan Editor
Penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah diadakan serentak hari ini dan pastinya berapa ramai yang sah bertanding juga akan diketahui.
PRU Ke-17 kali ini menampilkan beberapa parti yang pertama kali bertanding. Antaranya termasuklah Parti Bumi Kenyalang. Parti Impian Sabah, Parti Kerjasama Anak Negeri dan bebetapa parti lain.
Kesemuanya bakal bersaing dengan parti yang sudah dikenali bertapak di Sabah seperti Gabungan Rakyat Sabah, Warisan , Barisan Nasional, Pakatan Harapan, UPKO, STAR dan SAPP.
Selain itu kemunculan calon bebas seperti Black Wave turut menrancakkan PRU Sabah kali ini.
Berdasarkan jumlah parti dan bebas yang menyatakan keinginan untuk bertanding, sukar untuk menolak kemungkinan bahawa setiap kerusi DU Sabah akan ditandingi sekurang-kurangnya enam calon.
Bagai mengiyakan setiap kerusi DU Sabah akan turut menampilkan calon bebas dan ini menampilkan kemungkinan akan ada kerusi DU Sabah ditandingi lebih daripada lapan calon.
Ramai yang mengjangkakan lebih daripada lima atau enam pasti bertanding tetapi tumpuan tentunya terarah kepada kerusi DU Sabah yang menimbulkan persoalan apabila penyandangnya digugurkan.
Pintasan merupakan antara kerusi DU Sabah yang jadi tumpuan apabila penyandangnya digugurkan daripada senarai.
DU Sabah Pintasan disandang oleh Datuk Fairuz Rendan tetapi digantikan oleh presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Fairuz meninggalkan persoalan sama ada akan bertanding sebagai calon bebas atau parti lain atau menerima keputusan digugurkan oleh GRS.
Begitupun tidak seperti Fairuz, seorang lagi penyandang yang digugurkan adalah Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari bagi kerusi DU Sabah, Petagas.
Awang Ahmad Sah tidak disenaraikan apabila kerusi DU Sabah itu diserahkan kepada PH pada PRU kali ini.
Untuk rekod, GRS telah mengadakan kerjasama dengan PH dan kerusi DU Sabah diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) salah satu parti dalam PH.
PH menamakan Datuk Awang Husaini Sahari yang merupakan adik kepada Awang Ahmad Sah sendiri.
Namun difahamkan Awang Ahmad Sah telah mengambil keputusan untuk bertanding bebas bagi kerusi Petagas.
Jika ini benar maka pertembungan dua beradik itu pasti menambah tarikan di kerusi DU Sabah itu.
PRU kali ini juga menyaksikan dua beradik bakal bertanding iaitu Datuk Hafez Musa dan juga Haji Hazem Mubarak Tun Musa.
Bagaimanapun kedua beradik ini bertanding di kerusi yang berbeza dan mewakili parti ysng berlainan.
Hazem membuat kemunculan pertama sebagai calon mewakili GRS dan akan bertanding bagi kerusi DU Sabah Sungai Manila.
Manakala Hafez pula membuat kemunculan kedua tapivsebelum ini bertandinh PRU parlimen dan berjaya memenangi kerusi parlimen itu atas tiket BN.
Beliau kemudiannya digugur oleh GRS pada PRU Parlimen yang lalu dan kali ini beliau muncul sebagai calon PH untuk kerusi DU Sabah, Sindumin.
Apa juga yang dilontar dan yabg diperkatakan, hari ini (15 November) bakal mengesahkan siapa calon yang akan bertanding pada PRU DU Sabah kali ini.
Hanya satu sahaja yang pasti , daripada 73 kerusi DU Sabah yang dipertandingkan tidak akan ada DU Sabah yang akan dimenangi tanpa bertanding.
Tamat
