PUTATAN, 28 Ogos – Seorang maut dan tiga lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Belakang Kem Lok Kawi, Jalan Putatan awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.08 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kereta dan pacuan empat roda.
Komander Operasi, PBK I Marvin Domingo berkata, sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan bersama bantuan dua anggota BBP Penampang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati tiga mangsa dalam kereta tersebut.
” Pemandu lelaki berusia 31 tahun tersepit dan berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Sementara itu dua lagi penumpang lelaki mengalami cedera ring an.
Manakala pemandu pacuan empat roda yang turut cedera parah berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan diberi rawatan awal oleh EMRS Bomba dan KKM sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.
Tambah beliau, pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian dan operasi ditamatkan pada jam 6.40 pagi.
Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
TAMAT
