PERMOHONAN TANAH DITELITI SEBELUM DILULUS

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

BEAUFORT (27 OGOS): Permohonan tanah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) diteliti terlebih dahulu sebelum diluluskan.

Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata penelitian itu penting bagi mengelak orang luar memiliki tanah di DUN Klias.

” Saya meneliti setiap permohonan tanah yang dibuat dan saya harus pastikan permohonan itu adalah daripada orang dalam DUN Klias,” katanya pada penyerahan geran, Pelancaran Pelan Strstegik Pembangunan Daerah Beufort 2025-2035 dan perasmian Beaufort City Mall di sini hari ini.

Beliau berkata atas sebab itulah juga beliau akan hadir pada setiap mesyuarat permohonan tanah (LUC) daerah.

“Saya tidak pernah tidak menghadiri mesyuarat itu kerana saya mahu memastikan permohonan tanah itu adalah daripada orang di Klias.

“Dari Nukahan hingga ke Halogilat, saya akan pastikan tiada tanah diluluskan untuk orang luar,” katanya.

Menurutnya tindakan itu merupakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam DUN Klias.

“Kita mahu setiap permohonan itu adalah daripada orang dalam DUN Klias dan bukannya daripada orang luar,” katanya lagi.

Tamat

Share This Article