REALITI POLITIK BAHARU BUATKAN UMNO/BN BEKERJASAMA

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ Syarmillah Salleh

LAHAD DATU: 3 Ogos – Realiti politik baharu membuatkan UMNO memilih bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata realiti politik di Sabah bersifat unik tidak memungkinkan mana-mana parti bergerak secara dominan dan membentuk kerajaan bersendirian.

“Biarpun kita bertanding dengan menggunakan logo BN namun kita tidak menolak kerjasama dengan parti lain,” katanya kepada media.

Sehubungan itu, katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah diberikan autonomi sepenuhnya untuk menjalin kerjasama politik secara bijaksana dengan mana-mana gabungan lain yang sehaluan demi kepentingan rakyat dan negeri.

Sebelum itu Zahid merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu, di sini, pagi tadi.

Zahid berkata, UMNO dan BN Sabah diberikan autonomi sepenuhnya untuk menjalin kerjasama polituk secara bijaksana dengan gabungan parti lain.

Beliau berkata selepas pilihan raya negeri, pintu kerjasama sentiasa terbuka, sama ada dengan parti sahabat mahupun bekas seteru politik, demi pembentukan kerajaan yang stabil dan kukuh.

Katanya keutamaan UMNO adalah bagi memastikan kestabilan diwujudkan bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan dan berupaya menyelesaikan masalah rakyat.

“UMNO dan BN Sabah dijangka terus memainkan peranan penting dalam mencorak landskap politik negeri selaras dengan pendekatan politik matang dan sejahtera,” katanya lagi.

Majlis turut dihadiri oleh kepimpinan UMNO negeri serta perwakilan akar umbi dari seluruh kawasan Lahad Datu.

Antara yang hadir termasuklah Datuk Seri Panglima BUNG MOKHTAR RADEN Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri SABAH, Dato’ Hj. NIK DIR bin NIK WAN KU , Timb. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri TERENGGANU, Dato’ Wira Dr. ASYRAF WAJDI DUSUKI , Setiausaha Agung UMNO MALAYSIA/Pengerusi MARA Dan Datuk Seri Panglima Dr. SALLEH bin SAID KERUAK , Bendahari UMNO Negeri Sabah.

TAMAT

Share This Article