sh@ Syarmillah Salleh
KOTA KINABALU: 3 Ogos – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam parit sedalam 15 kaki berhampiran Hotel 05, Jalan Pintasan Penampang, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu yang diketuai PBK II Norejan bin Jamlin bergegas ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa berada di dalam parit dalam keadaan tidak sedarkan diri. Operasi mengangkat mangsa dilakukan menggunakan junkin stretcher.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.19 pagi.
TAMAT
