PBT DISERU MANTAPKANSISTEM PERAKAUNAN

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

KOTA KINABALU (12 SEPTEMBER): Pihak berkuasa tempatan diseru agar memberi penekanan serius terhadap pemantapan sistem perakaunan dan pemantauan dalaman.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata PBT perlu gunakan teknologi, tingkatkan kecekapan dan sentiasa peka terhadap dasar serta kehendak rakyat.

“Dalam era digital, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif transformasi digital dalam pengurusan kewangan awam termasuk di peringkat PBT,” katanya di sini.

Beliau berkata masih terdapat PBT yang berdepan cabaran dalam mengurus hasil, mengawal perbelanjaan dan mematuhi piawaian perakaunan.

“Akibatnya berlakulah kelewatan penyediaan penyata kewangan, kelemahan kawalan dalaman dan isu ketirisan seperti yang dilaporkan oleh audit,” katanya pada persidangan akauntan dan penolong akauntan PBT Sabah.

Menurutnya usaha memperkukuhan sistem perakaunan dan kewangan PBT adalah sebahagiab daripada usaha membina sebuah kerajaan tempatan yang berdaya tahan, bertanggungjawab dan diyakini rakyat.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap persidangan seumpama itu dipergunakan untuk meningkatkan profesionalisme pegawai perakaunan di negeri ini.

Tamat

Share This Article