PEMILIK BERI RESPON POSITIF KEPADA MPS

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ Aleeya Bathriesiah

SANDAKAN (28 JUN): Pemilik kedai memberikan respon yang baik terhadap usaha Majlis Perbandaran Sandakan untuk menghidupkan semula aktiviti di pusat bandar di sini.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson berkata sambutan dan respon yang baik itu diperlihatkan pada pertemuan MPS dengan pemilik kedai.

“Mereka (pemilik kedai) memberi respon yang baik untuk mengecat semula bangunan kedai masing-masing,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata MPS berharap 50 peratus pemilik kedai akan menyertai program itu.

Katanya, sebagai solongan, MPS memberikan insentif kepada pemilik kedai yang menyertai program itu.

Insentif itu termasuklah pemberian diskaun 70 peratus cukai pintu pada tahun depan, katanya dan menambah Nippon Paint turut memberikan diskaun 50 peratus untuk pembelian cat.

Katanya program itu merupakan langkah pertama MPS untuk menghidupkan semula aktiviti perniagaan di pusat bandar tersebut.

Menurutnya tanggungjawab untuk mengecat dan membaiki kerosakkan di bangunan kedai adalah tanggungjawab pemilik.

“Kita bertemu dengan mereka hari ini dan meminta mereka untuk membaiki kerosakan serta mengecat bangunan kedai dan kita memberikan insentif kepada mereka,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata penguatkuasaan undang-undang kecil akan diambil selepas 31 Julai.

Katanya notis arahan untuk mengecat dan memperbaiki kerosakan tersebut.

Jika mereka gagal, katanya, selepas tempoh enam bulan, pihak MPS akan melaksanakan pembaikan tersebut dan bil akan diserahkan kepada pemilik.

Mengenai soalan lain, beliau menafikan bahawa MPS tidak mengambil tindakan terhadap rumah burung di bangunan kedai di pusat bandar.

Kata MPS akan mengambil tindakan dan meminta pemilik mengosongkan bangunan kedai itu.

“MPS ada menerima aduan …sememangnya memelihara burung di premis kedai adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Tamat

Share This Article