SANDAKAN (17 MEI): Elly Reacheal Marcus dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Sandakan 2025 di sini hari ini.
Pelajar Falkulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah itu yang berusia 24 tahun menewaskan Vrenda Joaan dan Fenny Joseph.
Elly membawa pulang hadiahvwang tunai RM8,000, jambangan bunga, hamper, trofi dan sijil.
Kemenangan itu juga membolehkan Elly mewakili Sandakan ke peringkat negeri di Kota Kinabalu akhir bulan ini.
Manakala Vrenda,25, yang menduduki tempat kedua pula memenangi RM7,000, jambangan bunga, hamper, trofi dan sijil.
Sementara tempat ketiga Fenny,26, memenangi RM5,000, jambangan bunga, hamper, trofi dan sijil.
Tamat
