OLEH: ALEEYA VILLIAMON
SANDAKAN: Kerajaan sememangnya menyedari dan berusaha untuk mengatasi masalah Hospital Duchess of Kent.
Menteri Pembangunan Masyarskat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata masalah itu termasuklah kesesakan di kawasan HDOk yang dianggap kritikal.
“Kerajaan sememangnya sedar dan berusaha mengatasi masalah itu,” katanya kepada pemberita
Antara usaha itu, katanya, termasuklah membesarkan hospital itu dengan kos 400 juta dibawah rancangan Malaysia ke-13.
Bafsimanapun kerja awalan telahpun dibuat, katanya.
Mengenai kekurangan di hospital itu terutama pesakit buah pinggang, James berkata kekurangan itu berlaku di seluruh hospital di negeri ini.
“Situasi ini berlaku di seluruh Sabah dan kita sedar mesin dialisis perlu untuk ditambah.
“Bagi Sandakan enam mesin dialisis akan dihantar dan saya pastikan ianya dapat dihantar segera,” katanya lagi.
James juga berkata adalah diharapkan agar kementerian kesihatan dapat menaikkan elaun sara hidup daktor yang berkhidmat di luar bandar.
“Kita juga berharap kenaikan elaun untuk doktor di luar bandar khususnya Sabah dan Sarawak tidak dibekukan,” katanya lagi
James menyarankan kepada Kementerian Kesihatan agar melihat masalah yang dihadapi para doktor yang tidak mahu berkhdimat di luar bandar kerana elaun sara hidup tidak berbaloi ketika ini dimana elaun doktor di bandar dan luar bandar adalah statik.
“Sebab saya minta kecualikan Sabah dan Sarawak. Jangan pegun (statik), kos elaun para doktor,”katanya lagi.
Tamat



