HEADLINES -SYARMILAH SALLEH
11 MAC 2025
LAHAD DATU: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal menyantuni guru dan murid Tabika Chee Vun dengan menyampaikan sumbangan keperluan sekolah pada Isnin lalu.
Yusof yang Ahli Parlimen Lahad Datu berkata, pemberian barangan keperluan sekolah kepada Seramai 210 orang anak-anak murid Tabika SJK(C) Chee Vun itu merupakan bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
” Setiap anak mempunyai potensi yang besar untuk berjaya. Dengan adanya kelengkapan yang mencukupi, diharapkan mereka dapat belajar dengan lebih selesa dan mencapai impian masing-masing,katanya.
Pengerusi Lembaga Pengelola Tabika Chee Vun,Lim Han-Hui menzahirkan rasa terima kasih kepada Ahli Parlimen Lahad Datu itu kerana memberikan sumbangan berupa beg sekolah dan diharap bantuan seumpama itu sebagai pemangkin semangat kepada anak-anak tabika untuk minat belajar dan rajin hadir ke sekolah.
Menurut Lim ,Tabika Chee Vun mempunyai jumlah pelajar seramai 210 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan 10 tenaga pengajar.
Turut hadir di majlis itu , Guru Besar Tabika Chee Vun,Tan Mein Choon,Guru Besar SJK( C) Chee Vun,Lee Ket Fah dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Tabika Chee Vun,Chong Chu Kiong.
