SINDIKET PENJUALAN TANAH: SPRM REMAN 4 INDIVIDU TERMASUK SEORANG BEKAS PEGAWAI ADAT DISYAKI MINTA DAN TERIMA RASUAH KIRA-KIRA RM900,000

sabahheadlines
3 Min Read

KENINGAU,20 OGOS – Empat lelaki termasuk seorang bekas pegawai adat, dua broker tanah dan seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.

Perintah reman sehingga 27 Ogos itu dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry di Mahkamah Majistret Keningau, pagi tadi selepas permohonan dibuat SPRM.

Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 60-an itu ditahan antara jam 4 petang dan 8 malam semalam ketika hadir untuk memberikan keterangan di pejabat SPRM Keningau.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek dipercayai terbabit dalam perbuatan berkenaan pada 2025.

Sumber berkata, bekas pegawai adat dan penjawat awam terbabit disyaki menerima wang rasuah daripada dua broker tanah sebagai balasan membantu memudahkan urusan jual beli tanah yang dikendalikan kedua-dua broker berkenaan.

“Siasatan awal mendapati tanah yang terlibat sebenarnya dimiliki pihak lain dan tidak pernah ditawarkan untuk dijual,” katanya.

Kes berkenaan dipercayai membabitkan dakwaan pembayaran kira-kira RM900,000 sebagai balasan bagi mendapatkan bantuan dalam melancarkan urusan berkaitan transaksi tanah tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan empat individu berkenaan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti keseluruhan fakta dan keadaan berkaitan kes berkena

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan reman empat individu yang terdiri daripada bekas pegawai adat, dua orang broker tanah dan seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000 sebagai balasan membantu urusan jual beli tanah di negeri tersebut.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Keningau pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an itu telah ditahan antara jam 4 petang dan 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Keningau.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025.

“Suspek yang merupakan bekas pegawai adat dan penjawat awam dipercayai menerima rasuah daripada dua broker tanah sebagai balasan membantu melancarkan urusan jual beli tanah yang dikendalikan oleh kedua-dua broker berkenaan. Hasil siasatan awal mendapati tanah yang terlibat dalam urusan tersebut merupakan milik individu lain dan tidak pernah ditawarkan untuk dijual,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM 2009.

Share This Article