PESURUHJAYA POLIS SARAWAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT YM MEDIA NETWORK & WARTAWAN WAKIL PANGKALAN MEDIA PRIMA (MPTVN) SABAH & SARAWAK

sabahheadlines
1 Min Read

KUCHING, 7 OGOS – Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan YM Media Network merangkap Wartawan Wakil Pangkalan Media Prima (MPTVN) Sabah & Sarawak, ASP (K) Md Yazzer Mahmun.

Pertemuan tersebut berlangsung di Bilik Tetamu PJP Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak baru-baru ini..

Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dalam rancangan 999 sekali gus mencerminkan komitmen dan memperkukuh kerjasama strategik antara pihak media dan pasukan keselamatan.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan bin Ishak; Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Zulkipli bin Suhaili; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, SAC Roselina binti Daud; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, ACP Mustafa Kamal Gani bin Abdullah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, ACP Maria anak Rasid; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, ACP Ishak bin Yaakob sertaASP Hal Ehwal Awam/Pesara Polis Jabatan Pengurusan Sarawak, ASP Muhammad Akbar bin Busman.

Share This Article