GANGGUAN BEKALAN AIR KAWASAN SUNGAI MANILA BERPUNCA DARIPADA KEBOCORAN PAIP SUNGAI DALING -HAZEM

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,6 OGOS-: Gangguan bekalan air di kawasan Sungai Daling mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila.

Datuk Hazem Mubarak Tun Musa berkata Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sungai Manila telah diminta untuk meninjau masalah itu.

“Ia merupakan masalah rakyat dan saya telah meminta UPPM untuk meninjau masalah itu,” katanya menerusi facebooknya.

Salcon yang merupakan konsesi Jabatan Air Sabah memaklumkan gangguan itu berlaku disebabkan kebocoran pada paip utama di jalan Sungai Daling.

Syarikat konsesi itu juga memaklumkan agihan air kepada penduduk telah dilaksanakan tetapi ianya tidak dapat menampung kerana kawasan yang terlibat agak luas.

Hazem memberitahu UPPM Sungai Manila akan membuat pemantauan bagi memastikan agihan bekalan air dapat diterima oleh penduduk yang terbabit.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin dan berharap masalah itu mampu ditangani dengan baik dan berkesan,” katanya lagi.

UPPM Sungai Manila yang diketuai oleh PPM, Rahmat Iskandar Ibrahim telah membuat tinjauan ke kampung tersebut.

Share This Article