STATUS KILANG SIMEN TIMBUL TANDA TANYA?

sabahheadlines
1 Min Read
Bung Moktar

Editor

KOTA KINABALU : 14 April – Status pembinaan kilang simen di tengah-tengah Pinangah dan Tongod menimbulkan tanya.
Perkara itu ditimbulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamaq pada hari pertama Sidang DUN Sabah pada Isnin.
Beliau mengemukakan pertanyaan itu dengan menyatakan (dimaklumkan) bahawa syarikat yang berkolabarasi dengan syarikat kerajaan negeri telah mengundurkan diri.
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan memberitahu bahawa beliau ada dimaklumkan oleh orang kampung terdapat activities pengambilan kayu balak di kawasan tersebut.
Beliau berkata jika kilang simen yang ada sekarang di KKIP bergelut dengan saingan bagaimana pula dengan kilang yang dicadangkan di buka tanpa sebarang kemudahan.
Bung juga meminta agar tiga penyakit derangkai yang sudah begitu lama membelenggu Sabah dinoktahkan.
Tiga penyakit serangkai itu termasuklah bekalan air, elektrik dan juga jalan raya.
“Tiga penyakit serangkai ini sudah lama berlaku dan sudah tiba masanya untuk kita noktahkannya,” katanya.

Tamat

Share This Article