PPM SABAH RAMPAS LEBIH RM20.6 JUTA DALAM OP TIRIS 4.0

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 16 MEI- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merekodkan rampasan melebihi RM20.6 juta menerusi pelaksanaan Op Tiris 4.0 bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Sepanjang tempoh itu, PPM mencatatkan 54 kes berkaitan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dengan 53 individu ditahan termasuk 13 warga asing.

Kes berkaitan penyeludupan petrol dan diesel subsidi mencatat jumlah tertinggi apabila 43 kes direkodkan membabitkan rampasan 225,635 liter bahan api bernilai kira-kira RM1.16 juta serta penahanan 46 suspek.

Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah barang kawalan lain seperti minyak masak, gula dan tong gas LPG dengan nilai keseluruhan RM30,399.50.

Secara keseluruhan, PPM Wilayah 4 Sabah merekodkan 994 kes pelbagai kesalahan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM51.8 juta.

Share This Article