KM PENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI GRS DI SICC

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 12 MEI– Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) gabungan itu di Sabah International Convention Centre (SICC), pada selasa.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri beberapa pemimpin parti komponen GRS, termasuk Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam; Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan), Liew Yun Fah; Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman serta Presiden Liberal Democratic Party (LDP), Chin Su Phin.

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Masidi Manjun; Ketua Wanita GRS, Azizah Mohd Dun; Ketua Pemuda GRS, Jonnybone Kurum; Ketua Penerangan GRS, Joniston Bangkuai serta ahli-ahli Majlis Tertinggi gabungan berkenaan.

Mesyuarat itu berlangsung di Sabah International Convention Centre sebagai sebahagian daripada pertemuan kepimpinan tertinggi GRS bagi membincangkan hal-hal berkaitan gabungan politik tersebut.

Share This Article