KOTA KINABALU,5 MEI – Kerajaan memperhebatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan menerusi Ops Tiris Bersepadu 4.0.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Amirzan Mohd Ali berkata Ops Tiris Bersepadu 4.0 melibatkan jabatan dan agensi penguatkuasa.
“Ops Tiris Bersepadu 4.0 ini adalah operasi bersepadu dan bertujuan untuk menyelaraskan segala tindakan pwnguatkuasaan,” katanya dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini.
Beliau berkata, antara yang terlibat dalam Ops Tiris Bersepadu 4.0 termasuklah KPDN, Polis DiRaja Malaysia, APM, ESSCOM dan beberapa agensi yang lain.
Katanya, KPDN bertindak sebagai urusetia Ops Tiris Bersepadu 4.0 itu.
Amirzan berkata, Kabinet pada 11 Mac lalu telah bersetuju untuk mengaktifkan semula jawatankuasa tertinggi penyelarasan antara agensi susulan kirisis tenaga dan bekalan global.
“Penglibatan semua agensi itu akan membolehkan kita untuj membasmi, menghalang dan mengekang segala aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan barangan kawalan khususnya bahan api, minyak diesel dan petrol,” katanya lagi.
Menurutnya, taklimat diberikan kepada ketua menteri mengenai pelaksanaan Ops Tiris Bersepadu 4.0.
Katanya, taklimat itu menyentuh mengenai kedapatan Ops Tiris Bersepadu itu
