SABAH HEADLINES
21 FEBRUARI 2025
TAWAU: Seorang wanita, 31, yang sarat mengandung masih dirawat di Zon Kuning Hospital Tawau selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya
di Sungai Udin, Jalan Merotai – Kalabakan pada petang rabu lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 4.30 petang itu kereta yang dinaiki bersama suami dihempap sebatang kayu balak yang terjatuh daripada muatan lori.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suami mangsa, 35, yang memandu kereta jenis Toyota Hilux itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, insiden berlaku ketika pemandu lori jenis Nissan memuatkan kayu balak sedang menghala ke Log-Pond dari arah Kalabakan Merotai.
Namun setiba di lokasi kejadian tiba-tiba sebatang kayu balak terjatuh dari muatan lori tersebut lalu menghempap bahagian depan Hilux itu sehingga mengalami kerosakan teruk.
