185 Ketua Isi Rumah Terima Sumbangan Bakul Makanan di Kampung Jalan Cecily

sabahheadlines
1 Min Read

BATU SAPI, 11 Feb – Seramai 185 ketua isi rumah di Kampung Jalan Cecily menerima sumbangan bakul makanan hasil inisiatif Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi, sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup penduduk setempat.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi, Tuan Ajak Haj Sadikal yang mewakili Ahli Parlimen Batu Sapi merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Program itu mencerminkan komitmen berterusan wakil rakyat dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terus diberi perhatian, khususnya golongan yang memerlukan.

Dalam masa sama, Datuk Khairul Firdaus turut merakamkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada komuniti Cina di Jalan Cecily, sambil berharap sambutan perayaan itu diraikan dalam suasana harmoni dan penuh kesejahteraan.

TAMAT

Share This Article