Sesi libat urus DOF Sabah di Semporna fokus isu perjawatan, akuakultur dan operasi daerah

sabahheadlines
1 Min Read

SEMPORNA, 5 Feb – Jabatan Perikanan Sabah (DOF) bersama Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) dan Kementerian Kewangan Negeri (MOF) mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) pada 28 dan 29 Januari lalu di Pejabat Perikanan Daerah Semporna.

Program berkenaan dimulakan dengan lawatan ke lokasi tanaman rumpai laut serta sangkar ikan bagi meninjau secara langsung pelaksanaan aktiviti akuakultur, mengenal pasti isu di lapangan dan mendapatkan cadangan penambahbaikan daripada pengusaha bagi meningkatkan hasil serta pulangan.

SLU diteruskan dengan mesyuarat pada 29 Januari yang membincangkan beberapa perkara berkaitan isu perjawatan, pengurusan sumber manusia, operasi penguatkuasaan serta cabaran pelaksanaan tugas di peringkat daerah bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan DOF.

Antara yang hadir ialah Timbalan Pengarah Perikanan (Pembangunan), Tuan Mohd Yusoff Anthony Abdullah; Timbalan Setiausaha SPANS, Puan Asiah Ismail; serta pegawai kanan DOF, MOF dan BPO.
MOF diwakili delegasi diketuai Puan Mira Astralie Mila Talip manakala BPO diwakili Encik Robin George Josson dan Encik Mohd Fadzri Faimin.

TAMAT

Share This Article