SAPP TANDING ENAM KERUSI

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) hanya akan bertanding di enam kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU ) pada 29 November ini.

Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee mengesahkan perkara itu kepada media pada malam Jumaat.

Enam kerusi itu termasuklah Likas, Segama, Limbahau, Kundasang, Luyang dan Tanjung Papat.

bagaimanapun Yong akan tidak bertanding pada PRU kali ini

Sebaliknya dua anaknya adalah antara muka baharu yang ditampilkan parti itu pada pilihan raya kali ini.

Mereka ialah Naib Ketua Pemuda SAPP, Yong Yit Jee yang akan bertanding di Likas dan Ketua Mudanita SAPP, Yvonne Yong Yit Phung di Segama.

Calon selebihnya ialah Timbalan Presiden SAPP, Datuk Edward Dagul ( Limbahau); Timbalan Presiden yang juga Bendahari Agung SAPP, Datuk Japiril Suhaimin (Kundasang); Naib Presiden SAPP, Gee Tien Siong (Luyang) dan Naib Pengerusi CLC SAPP Tanjung Papat, Henley Liew (Tanjung Papat)

Keputusan pemilihan enam calon parti itu dimuktamadkan sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Majlis Tertinggi (AMT) SAPP, pada Jumaat.

Yong berkata, pemilihan enam calon itu menampilkan gabungan pengalaman dan tenaga baharu, termasuk wakil generasi muda dan wanita.

Selaras hala tuju SAPP untuk memperkukuh suara rakyat Sabah dalam pentas politik negeri, katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap barisan pemimpin yang diketengahkan mampu membawa mesej perjuangan autonomi dan pembangunan Sabah secara lebih berkesan.

Tamat
[

Share This Article