LAHAD DATU,25 NOV-
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin di dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DU)ke 17 mahu melihat berlaku perubahan sokongan atau game changer dalam kalangan pengundi FELDA khususnya di Lahad Datu menjelang hari pengundian pada 29 November ini.
Beliau berkata media selepas menghadiri Program Permuafakatan Komuniti FELDA Wilayah Sahabat di Lahad Datu, pada selasa.
Program di FELDA Sahabat menarik kehadiran kira-kira 15 ribu masyarakat setempat sekaligus menunjukkan sokongan besar terhadap kepimpinan kerajaan ketika ini.
‘Kita mahu lihat ada game changer yang akan berlaku pada 29 hari bulan November ini khususnya untuk para peneroka FELDA…
“FELDA Sahabat akan menjadi mercu tanda kepada kebangkitan semula pengundi FELDA untuk bersama Kerajaan Madani,katanya.
Zahid turut menjelaskan bahawa pengundi FELDA pada PRU lalu banyak yang tidak berpihak kepada kerajaan namun keyakinan baharu ditunjukkan dalam siri kempen kali ini.
Katanya, kesinambungan ini penting bukan hanya tentera dan polis tetapi rakyat keseluruhannya bertanggungjawab mempertahankan setiap inci tanah Sabah.
Beliau yakin meletakkan tiga calon terbaik di Tungku, Silam dan Kunak dan jika diberi mandat sudah tentu mereka memberi perkhidmatan terbaik.
Ditanya samada beliau yakin akan berlaku swing voters kepada BN
“Itula yang kita harapan ..supaya berlaku pada 29 hati bulan ini .. Insyallah,katanya.
Lawatan Timbalan Perdana Menteri itu dianggap signifikan kerana FELDA Sahabat merupakan kawasan tumpuan yang dijangka memberi kesan langsung terhadap pola sokongan pengundi di pantai timur Sabah pada PRN kali ini.
TAMAT
