sh@ editor
KOTA MARUDU (6 SEPTEMBER): Menyertai politik dan sebagai peguam tidak menghalang Datuk Dr. Maijol Mahap untuk aktif dalam sukan badminton.
Bagaimanapun beliau bukan aktif sebagai pemain sebaliknya sebagai presiden Persatuan Badminton Sabah.
Jawatan ini telah dipegang olehnya sejak 2024 dan komitmennya dalam sukan itu semakin menyerlah apabila beliau turut memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
“Saya percaya Badminton bukan hanya sekadar sukan tetapi wadah membina disiplin, semangat berpasukan dan jati diri,” katanya.
Persatuan Badminton Sabah yang diterajui olehnya dijangka akan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan akar umbi, latihan berstruktur untuk pemain muda serta menperkukuhkan kerjasamacdengan BAM.
Dalam politik, Maijol membuktikan kredibilitinya sebagai pemimpin apabila pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara.
Nama beliau sebagai peguam pula sememangnya amat dikenali ramai.
Tamat
