MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 60 JERRYCAN PETROL

sabahheadlines
1 Min Read

SEMPORNA, 26 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Semporna berjaya menggagalkan cubaan menyeludup petrol ke luar negara selepas merampas 60 jerrycan bahan bakar dalam satu operasi di perairan Kampung Selamat, pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, operasi yang dikenali Ops Pluto Timur 2/2023 digerakkan hasil maklumat risikan berkaitan aktiviti penyimpanan petrol yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Menurutnya, bot peronda ADAL 18 telah dihantar ke lokasi sebelum menemui sebuah pondok di kawasan paya bakau yang disyaki digunakan sebagai lokasi transit minyak seludup.

“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, penghuni pondok terbabit melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

Pemeriksaan kemudian menemukan 60 jerrycan petrol yang disimpan di dalam pondok tersebut, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan hampir RM5,000.

Semua barang rampasan dibawa ke Jeti Azumi Semporna dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Komander Amir menegaskan bahawa Maritim Malaysia akan terus mempertingkat kawalan serta operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan di perairan penyeludupan di perairan Semporna.

TAMAT

Share This Article