WANITA MAUT DIPERCAYAI TERJUN DARI TINGKAT 7

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN (28 JULAI): Polis meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian seorang wanita di sebuah pusat membeli-belah di sini.

Polis mengesahkan kes kematian seorang wanita yang dipercayai terjun dari tingkat tujuh tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah, ACP George B. Abd Rakman berkata mangsa berusia 32 tahun ditemui di balkoni tingkat empat dengan kesan kecederaan parah kepala dan kaki.

” Wanita ini ditemui berpakaian lengkap dan seorang wanita warga asing yang dipercayai mengalami tekanan masalah rumah tangga,”katanya dalam satu kenyatan media di sini hari ini

Beliau berkata mayat mangsa telah ke unit Fronsik hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, ACP George meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian dan sekiranya ada maklumat dari orang ramai mohon maklumat ke IPD Sandakan.

Share This Article