DUN SUGUT DATUK JAMES RATIB DAN DATUK SERI RONALD KIANDEE BERDEPAN PERSAINGAN TUJUH PENJURU

sabahheadlines
1 Min Read

SUGUT, 15 November -Datuk James Ratib, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Sugut dan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS–Gagasan Rakyat) bakal menghadapi persaingan sengit termasuk daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald KIANDEE dalam pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.

Selain kedua-dua tokoh utama ini pertandingan turut membabitkan calon lain daripada pelbagai parti dan gabungan politik termasuk Rosely Lajun (PIS), Roger Langgau (Bebas), Aspah Abdullah Sani (Warisan), Hassan Mentiak (PPRS), dan Mohammad Arifin Pachuk (BN–UMNO).

Datuk James Ratib sebelum ini memenangi kerusi Sugut pada Pilihan Raya Negeri 2020 dengan majoriti 1,664 UNDI ketika mewakili BN–UMNO.

Kehadiran beliau sebagai calon GRS kali ini dijangka memberi impak besar memandangkan beliau memiliki pengaruh akar umbi yang kukuh serta rekod perkhidmatan yang dikenali ramai di kawasan tersebut.

Penganalisis politik menekankan bahawa kehadiran ramai calon utama termasuk penyandang kerusi dan tokoh berprofil tinggi seperti Datuk Seri Ronald Kiandee boleh menyebabkan pecahan undi dan menjadikan keputusan kerusi ini sukar diramal.

Sugut kekal antara kerusi tumpuan utama PRN kali ini kerana kedudukannya yang strategik dan sejarah sokongan pengundi yang berubah-ubah mengikut trend politik semasa.

TAMAT

Share This Article