BEAUFORT, 14 Feb : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.32 Klias, Datuk Isnin Aliasnih mengadakan program walkabout di sekitar Pekan Lama Beaufort, hari ini.
Sebelum memulakan tinjauan, beliau menyampaikan sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 kepada warga emas, beberapa sekolah serta tokong di perkarangan Pejabat ADUN N.32 Klias.
Program berkenaan turut menjadi platform mendekati rakyat selain meninjau perkembangan serta keperluan komuniti setempat.
Hadir mengiringi beliau ialah Datin Faridah Md Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.32 Klias Ali Hassan Sirin, Timbalan Ketua Polis Beaufort DSP Mail Sundongi, Ketua Daerah MAN Klias OKK Sabdin Hj Marof serta pimpinan PGRS Bahagian termasuk Ketua Wanita Yayang Eddy, Ketua Pemuda Ahmad Zayani dan Ketua Beliawanis Frederica.
Turut hadir pemimpin masyarakat, JKKK, JKDB, pimpinan cawangan serta kakitangan UPPM N.32 Klias.
TAMAT
