PELANCARAN OP SELAMAT 25 SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026

sabahheadlines
2 Min Read
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}

Editor SH

Kota Kinabalu, 14 Februari 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah telah melaksanakan Majlis Pelancaran Op Selamat 25 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 bertempat di Jalan Tuaran Bypass berhadapan KFC Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YDH SAC Datuk Mohd Azhar bin Hamin, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sabah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah. Turut hadir ialah Supt Rosdi bin Mat Jusoh, Ketua JSPT Sabah; Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu; wakil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah; serta wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah.

Pelancaran Op Selamat 25 dimulakan dengan gimik perasmian sebelum diteruskan dengan pelbagai pengisian program, termasuk pengedaran risalah pencegahan jenayah dan keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya. Dalam operasi bersepadu ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah turut menjalankan pemeriksaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan jalan raya. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah pula melaksanakan pemeriksaan berkaitan kualiti udara sebagai langkah menyokong aspek keselamatan dan kesejahteraan awam.

Op Selamat 25 pada kali ini menampilkan kelainan apabila syarikat-syarikat perkhidmatan bas dibekalkan video pencegahan jenayah dan keselamatan jalan raya oleh PDRM Sabah untuk dipasang serta ditayangkan kepada para penumpang. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dengan menyampaikan panduan serta tip pencegahan jenayah dan keselamatan jalan raya kepada pengguna pengangkutan awam agar sentiasa peka, berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, PDRM Sabah menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengamalkan sikap bertanggungjawab serta memandu secara berhemah bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar sepanjang musim perayaan.

Share This Article