“BUKAN SEKOLAH DAIF TETAPI BANGUNAN DAIF”-JAMES RATIB

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 9 MEI -Pemahaman perkataan daif telah mencetuskan kekeliruan terhadap rakyat.

Menteri Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk James Ratib berkata, terdapat pihak tertentu yang mencetuskan kekeliruan itu.

“Pemahaman sekolah daif bermaksud bangunan sekolah itulah yang daif tetapi ada yang menyifatkan sekolah daif itu adalah menyeluruh,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Sandakan.

“Apabila saya mengatakan bahawa di Sabah tiada sekolah daif, ia bukan bermaksud bangunan sekolah tetapi penggunaan pembelajaran sekolah tersebut,” katanya.

Atas sebab tidak memahami maksud itu, ia disebar luaskan dan akhirnya menimbulkan kekeliruan.

James berkata, sekolah daif di Sabah adalah sekolah yang masih belum dinaiftaraf “dan ia masih ada di Sabah.

Katanya, masih ada sekolah yang belum dinaiktaraf kepada konkrit.

“Kita akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf sekolah tersebut.

“Kita mahu sekolah di Sabah ini tidak lagi papan tetapi bangunan konkeit,” katanya lagi.

Share This Article