SANDAKAN ( 9 FEBRUSRI): Bantuan yang diberikan kepada rakyat tidak akan berguna sekiranya ia tidak berfungsi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Haji Hazem Mubarak Tun Musa berkata, usaha untuk membantu rakyat telah lama dilakukan.
“Kita sentiasa berusaha untuk membantu rakyat …menyelesaikan masalah yang mereka hadapi tetapi bantuan itu tidak akan bermakna krpada mereka jika bantuan itu gagal berfungsi sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.
Hazem berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Air Negeri Sabah.
Pertemuan bagi membincangkan isu air itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalan.
“Saya banyak menyumbang tangki kepada penduduk kampung tetapi ia tidak verguna kerana tangki itu tidak dapat diisi air.
“Rakyat hanya mahukan masalah air dapat diselesaikan dan hanya ink yang akan memuaskan hati mereka,: katanya lagi.
Beliau berkata, rakyat khususnya di DUN Sungai Manila mengharapkan kepadanya dan berharap masalah itu mampu diatasi.
“Apa yang diharapkan ketika ini ialah masalah air ini dapat diselesaikan,” katanya.
TAMAT
