UMNO Terbuka Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti Menjelang PRN Ke 17

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES- SYARMILAH SALLEH

23 FEBRUARI 2025P

TAWAU: UMNO terbuka bekerjasama dengan mana- mana parti menjelang pilihanraya negeri ( PRN) akan datang.

Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, apa yang penting adalah parti itu perlu dominan dan sentiasa melihat kepada kepentingan rakyat Sabah harus didahulukan.

” Dan jangan risau BN dan UMNO terbuka bergabung dengan mana-mana parti … samada Kita mahu bekerjasama dengan PH atau kerjasama dengan GRS atau parti- parti lain..itu jangan risau..Kita harus membuka pintu kerjasama,katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO Sabah ke 34 di Kompleks Sukan Tawau,pada ahad.

Apa yang penting Kata Zahid UMNO dan BN harus dominan semula dalam pilihanraya yang akan datang.

” Kita sanggup kerjasama dengan siapa saja yang mempunyai idealisma,yang mempunyai semangat,yang mempunyai tujuan yang sama.. justeru kepentingan rakyat Sabah perlu didahulukan,ujarnya.

Zahid turut menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menerajui parti itu seterusnya dapat memenangi dalam PRU Sabah akan datang.

Share This Article