KOTA KINABALU (7 OKTOBER): Bukan mahu bersikap angkuh atau sombong tetapi keyakinan Parti Gagasan Rakyat Sabah Klias berada pada tahap terbaik.
Timbalan ketua bahagiannya, Haji Mohd Jali Nordin berkata keyakinan itu berasaskan kepada sokongan padu rakyat.
“Kepercayaan rakyat itulah yang meyakinkan bahawa DUN Klias mampu kita kekalkan pada pilihan raya nanti,” katanya di sini.
Mohd Jali berkata Klias diyakini sebagai salah satu penyumbang kerusi kepada Gagasan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN nanti.
Katanya PGRS Klias sudah lama bergerak dan sentiasa mendekati rakyat.
Usaha yang dilakukan, katanya, turut difahami oleh rakyat.
“Rakyat memberikan sokongan padu kepada kita kerana usaha dan kesungguhan yang kita lakukan adalah untuk mereka.
“Kita sentiasa mendekati rakyat dan sentiasa berusaha membantu menyelesaikan masalah mereka,” katanya lagi.
Tamat
