TYT Tun Musa Aman Dalam Rangka Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Sandakan

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES -JALIE MOHAMMED

23 FEBRUARI 2025

SANDAKAN: Ketibaan Tuan Yang Terutama (TYT) Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di daerah Sandakan disambut kira-kira 2,000 orang daripada pelbagai kaum dengan paluan kompang.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ,Datuk James Ratib,Presiden Majlis Perbandaran Sandakan ( MPS) serta ADUN Tanjung Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung turut menyambut ketibaan Tun Musa di lapangan terbang pads pagi tadi.

Tun Musa yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sandakan dengan menaiki pesawat khas itu tiba pada 10.40 pagi.

Tun Musa menghadiri Majlis Makan Tengahari di Dewan Serbaguna Libaran yang dihadiri kira-kira 6,000 orang dan Majlis Makan Malam bersama Pemimpin dan Ketua-ketua masyarakat di kediaman beliau.

Pada keesokkan hari beliau dijangka menghadiri taklimat pembangunan bangunan Pusat Islam di sini sebelum berlepas pulang ke Kota Kinabalu.

Share This Article