UGUT BUNUH BAPA SENDIRI KERANA GITAR DIPINJAMKAN

sabahheadlines
1 Min Read

Caption: Lakaran gambar suspek dan senjata yang digunakan ketika mengugut ayahnya sendiri.

sh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU, 31 Julai 2025 – Gara-gara gitar dipinjamkan kepada sepupunya, seorang anak mengamuk dan mengugut ayahnya dengan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Haji Dzulbaharin Haji Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang kelmarin di Kampung Jawa, Jalan Segama di sini apabila suspek berusia 41 tahun mengamuk selepas mendapati gitar kesayangannya dipinjamkan oleh bapanya.

Beliau berkata, suspek kemudian bertindak agresif dengan membawa sebilah parang sebelum mengugut bapa yang berusia 75 tahun.

Pihak polis yang menerima laporan segera melancarkan Op Cantas pada jam 11 malam hari sama sebelum suspek berjaya ditahan bersama parang yang digunakan.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine selain mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

Menurut ACP Haji Dzulbaharin, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Lahad Datu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Tamat

Share This Article