Lori 3 Tan Terbabas, Seorang Maut Dua Cedera di Jalan Sinaran Sook

sabahheadlines
1 Min Read

SOOK, 24 Okt – Seorang maut dan dua cedera selepas lori tiga tan yang dinaiki mereka terbabas sendiri di Jalan Sinaran, Kampung Sinaron Tengah dekat sini awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.58 pagi melalui talian MERS999 sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 60 kilometer (KPI-3).

Komander Operasi, PBK I Maimin Yabin berkata lori terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Akibat kejadian itu tiga lelaki tercampak keluar dari kenderaan.

“Dua mangsa mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba serta anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Mangsa yang cedera masing-masing berusia 47 dan 39 tahun manakala mangsa yang maut dianggarkan berusia 30an.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada 8.47 pagi.

Turut membantu di lokasi ialah pasukan KKM (3 anggota) dan PDRM (2 anggota).

TAMAT

Share This Article