TIGA MAUT, SEORANG CEDERA

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ Syamilah Salleh

LAHAD DATU (2 JULAI): Tiga maut dan seorang cedera dalam satu kemalangan di sini malam tadi.

Kemalangan di Batu 16, Jalan Lahad Datu -Sandakan itu membabitkan sebuah lori treler muatan minysk sawit dengan sebuah pacuan empat roda.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa bin Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.52 malam melalui talian MERS999.

Seramai 12 anggota bomba bersama tiga jentera dari BBP Lahad Datu telah digerakkan ke lokasi, melibatkan
LFRT (1 unit) 7 ANGGOTA, EMRS (1 unit) 2 ANGGOTA dan FRV (1 unit) 3 anggota.

Katanya, Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.15 malam, kira-kira 30 kilometer dari balai.

Tiga mangsa lelaki didapati tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda.

Pasukan bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa, namun ketiga-tiganya disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa terbabit dikenali sebagai Mohd Azizi, 28 tahun (Pemandu Isuzu Dmax), Mohd Rasman Bin Ahmat Kecil, 28 tahun( Penumpang hadapan) dan Muhammad Zulkhairi bin Ismail, 29 tahun ( Penumpang belakang).

Kesemua mayat diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Pemandu lori treler, Abd Kadir Bin Lanusa, 61 dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi menyelamat turut dibantu oleh PDRM dan KKM.

Operasi diketuai oleh Komander Operasi, Mohammad Akbar Bin Mohambar, manakala Komander Operasi Kanan i Sumsoa Bin Rashid.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam.

TAMAT

Share This Article