SANDAKAN (24 NOVEMBER): Tindakan mantan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sholehuddin Fatih berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sememangnya telah dijangka.
Ahli Cawangan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Rahmat Hidayat, Ketua Pemuda Cawangan Tanjung Pisau berkata penyertaan Sholeh itu bukan kejutan.
“Ia bukan kejutan malah hanya dia sahaja yang menyertai jentera parti lawan.
“Pemuda peringkat bahagian dan cawangan PGRS serta GRS sama sekali tidak tergugat,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata sewaktu menjadi ketua pemuda bahagian, Sholeh sudahpun memperlihatkan tindakan yang bertentangan dengan bahagian.
Malah, katanya, Sholeh juga tidak mahu mengiktiraf Hazem Mubarak Musa sebagai ketua bahagian.
“Beliau melakukan tindakan enggan mengakui Hazem ketika diumumkan sebagai ketua bahagian PGRS.
“Tentu sekali dia enggan menerima apabila Hazem dipilih sebagai calon GRS,” katanya lagi.
Beliau mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Sholeh “tetapi kami sebagai pemuda berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada perjuangan parti.”
Katanya, Pemuda PGRS Sungai Manila akan terus bersama dan menyokong penuh Hazem Mubarak sebagi calon GRS dan juga ketua bahagian PGRS Sungai Manila.
Sementara itu Ketua Pemuda PGRS Cawangan Peringkat Satu, Mohd Faizal Basrah berkata tondakan Sohleh itu tidak menggugat sokongan pemuda kepada calon GRS Sungai Manila, Hazem Mubarak.
Sebaliknya tindakan itu membolehkan jentera pemuda bergerak dengan lebih selesa, katanya.
“Tindakan Sohleh itu sama sekali tidak menggugat jentera pemuda .. kami dapat berferak dengan lebih selesa,” katanya lagi.
Tamat
