LAI ZHU XIN TERIMA HADIAH PELAJAR TERBAIK STPM

sabahheadlines
1 Min Read

Lai Zhu Xin (3 kiri) menerima sumbangan dari Chin sambil diperhatikan oleh ibubapanya dan Lai Huey Yann (kanan)

sh@ Aleeya Badhriesiah

SANDAKAN (2 JULAI): Sokongan dan galakan perlu untuk dilaksanakan bagi mempastikan kecemerlangan seseorang pelajar dapat diteruskan.

Menyedari perkara itulah MCA tampil menghulurkan sagu hati sebagai solongan dan galakan untuk pelajar terus catatkan kecemerlangan.

Hari ini di sini, Lai Zhu Xin, pelajar terbaik STPM di Sabah, telah menerima saguhati berjumlah RM1,000 daripada MCA sebagai pengiktirafan ke atas kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Anak kepada pasangan guru SRJK Pui Gin, Lai Hui Ming (Guru Besar) dan Kwan Wai Yee, Lai Zhu Xin berjaya meraih keputusan penuh 4A dalam aliran Sains Tulen (Pengajian Am, Fizik, Kimia, dan Matematik (T)) semasa menuntut di Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam.

Majlis penyampaian saguhati itu disempurnakan oleh Dato Chin Kim Hiung, Bendahari MCA Sabah merangkap Ketua Bahagian MCA Libaran. Turut hadir ialah ibu bapa Lai Zhu Xin serta Lai Huey Yann, Penolong Pegawai Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan.

Chin berkata bantuan tunai itu adalah sebagai galakan kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk terus berusaha ke arah kejayaan yang lebih tinggi.

TAMAT

Keterangan gambar

Share This Article