LAPORAN POLIS TERHADAP ALBERT

sabahheadlines
1 Min Read

Mazlan membuat laporan polis di Kota Kinabalu

sh@ editor

KOTA KINABALU (1 JULAI): Satu laporan polis dibuat berhubungan kenyataan Dato Albert Tei di sini hari ini.

Laporan dibuat oleh Pegawai Khas Ketua Menteri, Datuk Mazlan @Joehari Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Dalam laporan itu, Mazlan mendakwa kenyataan Albert Tei semasa sidang media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebagai fitnah dan hasutan jahat terhadap Ketua Menteri.

Katanya kenyataan itu berunsur jahat, palsu dan penghinaan terhadap Ketua Menteri, badan penguatkuasaan SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Mazlan berkata Albert Tei tidak seharusnya membuat kenyataan melaui sidang media yang memberi persepsi negatif, berbentuk fitnah dan palsu dengan memburuk-burukan pihak lain termasuk Ketua Menteri, SPRM dan Jabatan Peguam Negara secara langsung dan tidak langsung.

Albert Tei juga telah melakukan tindakan menghina mahkamah, katanya.

Isnin lalu, Albert Tei telah didakwa oleh SPRM di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu berkaitan dengan isu cari gali mineral.

Turut didakwa termasuklah dua Ahli Dewan Undangan Negeri.

Tamat

Share This Article